Sukan Itu Perpaduan

            Olimpik Tokyo sudah melabuhkan tirainya dengan kontinjen negara Malaysia berjaya membawa pulang 2 kilauan medal iaitu 1 perak dan 1 gangsa. Biarpun sasaran emas masih gagal untuk direalisasikan namun masih dapat berbangga. Pandemik yang melanda bukan alasan untuk kita bersatu atas nama satu negara yang disayangi. Sorakan demi sorakan yang dilemparkan dari siang ke malam. Tidak pernah gagal untuk bersorak dalam sukan. Bergading bahu bersama tanpa mengira latar belakang warna kulit dan agama sekalipun .Itulah Malaysia.

            Sukan dilihat sebagai wadah dan medium dalam menyemai sikap patriotik dan perpaduan negara. Sukan tak pernah gagal untuk menyatukan masyarakat kita ini dari sukan bola sepak, badminton, terjun dan berbasikal. Siapa akan lupa dengan sorakan untuk pasukan Harimau Malaya di Stadium Nasional dan juga setiap kali aksi Dato Lee Chong Wei beraksi dalam pentas tertinggi di Olimpik. Semua rakat Malaysia akan berkumpul ramai-ramai sama ada di rumah mahupun di kedai mamak untuk menyaksikan bersama. Menyokong bukan atas dasar warna kulit mahupun agama tapi agama tapi dasar yang disandarkan untuk bersorak bersama adalah satu bendera yang sama. 

            Bukan mudah untuk atlet menggalas misi Olimpik kerana latihan demi latihan sejak usia yang sangat mudah pasti pengorbanan itu mahu diraih dengan kilauan pingat tidak mengira warna sama ada gangsa, perak dan pastilah keutamaannya adalah emas. Atlet-atlet yang bertanding tidak pernah gagal untuk rakyat negara ini. Bila kita melihat mereka menangis pasti kita juga menangis. Berkongsi setiap cerita duka dan gembira bersama. Tak lengkang ucapan terima kasih dan penghargaan untuk setiap yang bertanding.

            Melupakan perbezaan atas satu nama negara. Itulah ungkapan yang sesuai untuk kita rakyat Malaysia. Ideologi politik dan sentimen keagamaan dibuang sejauh mungkin kerana sukan adalah wadah untuk melupakan seketika semua itu. Mungkin di masjid kita masih boleh bergaduh kerana perbezaan politik dan warna bendera sama ada biru, merah, roket dan sebagainya. Mungkin di media sosial kita berbalah dengan isu dan berita tapi bila masuk soal sukan masih tidak gagal untuk berkongsi perasaan dan ucapan. Itulah kita perbezaan yang banyak masih boleh buat kita bersatu. Falsafah sukan yang sama iaitu bersatu setiap keraian menjadi asbab untuk kita.

            Provokasi murahan dari luar dan dalam dilihat masih untuk pisahkan kita dari sebuah perpaduan menerusi isu perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak dan sebagainya namun sering kali juga untuk kita melihat bahawa isu perkauman dan provokasi masih ditangkis dengan sebaiknya. Dengan adanya Visi Sukan Negara ataupun VSN30 dengan enam aspek utama yang ditekankan tidak tercapai jika tiada perpaduan antara kita. Sukan itu satu industri yang harus dimainkan nilai yang sepatutnya. Pemerkasaan sukan  harus dijalankan seiringan untuk mengejar pelbagai kegemilangan di pentas tertinggi.

            Mungkin selama ini perpaduan hanya dapat dilihat di negara kita saja namun mas sentiasa menunjukan sisi baik dan positif sukan itu sendiri. Berkongsi pingat emas dalam acara lompat tinggi antara atlet Qatar dan Itali menunjukkan cerminan bahawa masyarakat dunia masih boleh bersatu. Suara masyarakat dunia masih boleh di dengari dalam sukan. Indahnya sukan itu kerana perpaduan. Bak kata orang tua dulu-dulu “Bulat air kerana pembetungnya namun bulat manusia kerana muafakat”.

             Dipetik dari kata-kata Datuk Dr Shamsul Amri yang berbunyi, “Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat”. Detik perpaduan itu hanya boleh dilihat dala setiap aktiviti  harian kita tanpa kita sedar mahupun tidak. Perpaduanlah yang menyatukan kita hari ini. Bersorak bersama dan menangis bersama. Saat lagu Negaraku berkumandang, kita berdiri dengan bangga dan megah. Budaya perpaduan masih utuh dari satu generasi hingga ke generasi yang lain. Penting untuk mengekalkannya demi anak cucuk. Apa lagi yang kita boleh ceritakan dengan penuh bangga selain perpaduan antara rakyat. Sukan menyatukan kita pada masa lalu, pada hari ini dan juga tak lupa sentiasa akan menyatukan kita.  

Oleh: Ashraf Idzham

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *