Putus asa

Ada sebuah cerita tentang seorang petani di sebuah perkampungan. 

Tangannya yang kasar seolah menceritakan kesabaran dia menjaga tanaman padinya. Ada kalanya tuaiannya tidak menjadi kerana musim kemarau datang bertandang. 

Namun, dia tidak berputus asa. 

Sambil menunggu hujan turun, dia mencuba nasib dengan menanam pokok kelapa pula. Tidak sempat membesar, ladang pokok kelapanya pula diserang penyakit. 

Kemarau pergi, hujan rahmat membasahi bumi. 

Tanah padinya kembali lembap setelah berbulan menghadapi kemarau. Tapi si petani itu tetap tidak berpuas hati kerana pokok kelapanya masih belum menjadi. 

Pokok kelapanya itu diberikan air dan baja yang mencukupi. 

Namun, ladang kelapanya masih tidak membuahkan hasil. 

Si petani itu tidak mengalah. 

Dia tetap menjaga ladang kelapanya tanpa rasa jemu. 

Tiga tahun berlalu. 

Tanaman kelapanya masih tidak menampakkan hasil. 

Berputus asa? 

Tidak pernah wujud istilah itu dalam kamus hidup si petani itu. 

Akhirnya, pada tahun kelima, pokok kelapanya mula membuahkan hasil. Walaupun tidak sebanyak hasil padinya, dia terus menjaga sehingga pokok kelapanya membesar. 

Dalam masa sebulan, pokok kelapanya itu mencecah ketinggian 30 meter. 

Lima tahun diperlukan untuk pokok kelapa memperkuatkan akarnya. 

Lima tahun diperlukan untuk menunjukkan hasilnya. 

Akar itulah yang membuatkan tanamannya kuat menahan badai yang akan mengenai dirinya.

Apa yang kita dapat simpulkan melalui cerita ini adalah ujian yang diberikan kepada kedua-kedua pokok itu berbeza. 

Ujian itulah yang membuatkannya kuat dan memberikan hasil yang sepatutnya. Walaupun ada sesetengah tanaman yang mengambil masa yang lama, ia terus bertumbuh dan membesar dengan jayanya. 

Setiap kehidupan punya garis masa tersendiri. 

Jangan sampai terburu mengejar natijah kerana garis masa kita diciptakan berbeza dengan yang lain. 

Kadang kita terlupa bahawa ujian yang menimpa kita adalah untuk memperkuatkan kita pada masa hadapan. 

Untuk kamu yang sedang membaca, 

Tuhan tahu yang kamu sedang berusaha. 

Tuhan tahu kamu sedang bersedih. 

Dan semua yang berlaku itu adalah untuk memperkuatkan akar umbi kita sebagaimana tumbuhan-tumbuhan itu tadi. 

Si Petani tidak berputus asa dengan tanaman-tanamannya. 

Kamu juga tidak seharusnya berputus asa dengan hari-harimu. 

Kerana Allah tidak pernah berputus asa dengan hamba-hamba-Nya selagi mana hambanya terus berpaut pada-Nya. 

Jangan kamu bandingkan dirimu dengan manusia lain. 

Kerana kamu mempunyai tujuan dan fasa yang berbeza dengan orang lain. Sebagaimana pokok kelapa yang mempunyai tujuan yang berbeza dengan tanaman padi. 

Kamu akan terus kuat seperti pokok kelapa itu. 

Dapat menahan rintangan ujian dan memberi banyak manfaat kepada manusia lain. Lalu, terus bertumbuh mengikut masa yang ditentukan. 

Hari yang baik akan memberikanmu sinar kebahagiaan. 

Hari yang buruk memberikanmu pengalaman dan pengajaran. 

Dan kedua-duanya penting dalam kehidupan. 

Untuk membentuk peribadi yang hebat pada masa akan datang. 

Percayalah, 

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…” (QS. Al-Baqarah: 286) 

By: Haliqa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *