Islam adalah cara kehidupan

Hidup ini adalah pilihan. Sewajarnya sebagai seorang manusia yang bijak pilihlah yang terbaik untuk kehidupan yang lebih baik di dunia dan di akhirat. 

Di Malaysia, majoriti penduduk  memilih Islam sebagai agama dalam hidup mereka kerana agama rasmi agama Islam dan kebanyakannya mengikut agama nenek moyang mereka sejak lahir. Namun begitu, keturunan mereka adalah Islam, Adakah kehidupan mereka selari dengan ajaran Islam? 

        Sebagai seorang Muslim seharusnya menjadikan Al-Quran dan As Sunnah sebagai panduan hidup. Hal ini demikian kerana, Allah telah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril tujuannya untuk dijadikan panduan kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Di dalam Al-Quran pelbagai kisah, pengajaran umat terdahulu serta  gambaran tentang kehidupan di akhirat. Sewajarnya, kita mengambil iktibar atas kisah-kisah tersebut sebagai persediaan menuju ke syurga. Kesannya, kehidupan kita lebih tenang dan mempunyai matlamat yang jelas dalam menjalani kehidupan seorang manusia. Kita juga perlu berusaha untuk memahami Al-Quran dan mempraktikkan Sunnah Rasulullah S.A.W didalam kehidupan ini. 

       Selain itu juga,  adab dan akhlak menjadi keutamaan kerana ia merupakan gambaran seorang Muslim itu sendiri. Jika kita lihat pada hari ini, pelbagai masalah yang berlaku seperti vandalisme, pergaulan bebas serta penggunaan Bahasa kesat di media sosial kebiasaan dilakukan oleh Muslim itu sendiri, haruslah dibendung oleh semua pihak. Namun, Islam itu sendiri menekankan tentang adab dan akhlak seseorang. Kewajipan kita sebagai seorang muslim adalah untuk mengajak anak-anak muda melakukan perbuatan yang baik.

       Namun, perkara yang paling penting ialah pemahaman dari sudut akidah dan mengamalkan apa yang diajarkan didalam Islam. Dengan ini, dapat menjamin kehidupan yang lebih tenang. Pemahaman yang salah dapat menjadikan seseorang itu sesat dan hilang pedoman hidup. Oleh itu, kita perlu menuntut ilmu agama dengan menghadiri forum atau ceramah secara maya di media sosial. Kesannya kita dapat menghindari ajaran yang salah. 

        Kesimpulannya, apabila kita memilih Islam sebagai agama kita, seharusnya mempraktikkan dan membaiki cara hidup kita agar mengikut ajaran Islam yang sebenar. Kita seharusnya mendoakan orang lain dan membantu mereka jika berada dalam kesulitan hidup.

By: Nurul Faqihah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *