IRKHS: Memasyarakatkan kuliah mahasiswa

Mahasiswa merupakan sekelompok golongan yang unik dan ditempatkan didalam satu posisi yang sangat ideal di dalam masyarakat. Berdasarkan ajaran dari ruang kuliah, mahasiswa mempunyai satu potensi yang besar iaitu dalam mengimbangi kemahiran teoritikal dan praktikal sehingga menatijahkan kepada pembentukan satu identiti yang besar dan kukuh dalam mempengaruhi dalam setiap bentuk perubahan sosial yang terjadi di Malaysia ini.

Tidak perlu pergi jauh, Kita hanya perlu telusuri sahaja zaman zaman kegemilangan mahasiswa di Malaysia pada zaman 60 dan 70 an di mana kita dapat lihat mahasiswa memainkan peranan besar dalam mencorak perubahan masyarakat ketika itu dimana  integrasi mahasiswa bersama masyarakat tumbuh ranum dan subur.

. Pada waktu itulah golongan sosialis melalui kelab Sosialis Universiti Malaya telah berperanan menjadi jurubicara masyarakat. Nama nama seperti Syed Hamid Ali dan Sanusi Osman dizikirkan sebagai watak yang menggoncangankan negara dalam isu demonstrasi di Teluk Gong setelah penangkapan wira pejuang tanah untuk rakyat, Hamid Tuah. Nama Syed Hamid Ali sekali lagi diangkat apabila mempelawa Tunku Abdul Rahman berdebat selepas Tunku Abdul Rahman menuduh mahasiswa terlibat membantu pembangkang. Pelawaam ini menyebabkan Tunku mengubah kenyataannya di dada akhbar. Begitu kuatnya pengaruh mahasiswa didalam pola hidup masyarakat Malaysia.

Integrasi Kuliah IRKHS

Didalam ucapan Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan, Bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Seminar  Arab-Malaysian Global Higher Education Summit 2012, Beliau menekankan tentang reformasi Pendidikan didalam masyarakat muslim dimana berdasarkan sudut pandang konsep ‘Tawhid’ Masyarakat muslim perlu menyahut seruan untuk menambah baik Sistem Pendidikan  dengan meletakkan integrasi antara ilmu moden dengan nilai nilai spiritual didalam agama islam supaya kita corak Pendidikan kita sentiasa relevan sepanjang zaman.

Dengan mengambil kira satu analisis kritikal daripada Harry Lewis, bekas dekan Harvard College, London didalam bukunya “Excellence without A Soul: How A great University Forgot Education”. Di dalam buku itu beliau menegaskan bahawa institusi pengajian tinggi di negara islam tidak boleh terlalu mengikut idea dan ilmu barat tanpa taqlid semata mata atau mereka juga akan hilang jiwa dan nilai spiritual yang ada pada agama islam.

“the institutions of higher learning in muslim countries should not be blind worshippers of foreign ‘idol’ or they too would lose their souls” – Harry Lewis

Jadi antara inisiatif yang dibangunkan oleh Prof Kamal Hassan ialah dengan menggabungkan dua kuliah yang mempunyai medan yang berbeza iaitu Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan. Kuliah ini meletakkan integrasi disiplin Sains Sosial dibawah Sains Kemanusiaan berseiringan dengan kewujudan Kuliah Ilmu Wahyu yang menekankan nilai nilai spiritual dan pengajian agama islam yang mendalam. IRKHS merupakan fakulti terbesar didalam UIAM dibawahnya mempunya 10 Jabatan dengan kira kira lebih 5000 pelajar di dalamnya termasuk Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

Masyarakat dan sumbangan Mahasiswa IRKHS

Pejuang Nasionalis Indonesia, Tan Malaka @ Sultan Ibrahim pernah menyebut :

“Bila kaum muda yang telah belajar di sekolah dan menganggap dirinya terlalu tinggi dan pintar untuk melebur dengan masyarakat yang bekerja dengan cangkul dan hanya memiliki cita-cita yang sederhana, maka lebih baik pendidikan itu tidak diberikan sama sekali”

Apakah yang cuba disampaikan melalui ayat ini? ayat ini meminta kita untuk telusuri semula apakah benar Mahasiswa sekarang telah duduk dibawah landasan untuk melaksanakan kerja kerja kemasyarakatan. Adakah kita sendiri sudah ‘memasyarakatkan’ Ilmu yang kita ada dengan berkongsi dengan komuniti?  Kita sering mendengar tentang Community Service dan Community Development namun sejauh manakah kekuatan kita dalam memberdayakan kerja ini.

Baru baru ini saya berjumpa dengan Dr Noh Jalil, Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, beliau sendiri menyatakan Mahasiswa perlu turun dan bina jaringan bersama masyarakat, tidak ramai mahasiswa ataupun persatuan yang membina jaringan di sekitar perkampungan Gombak yang telah banyak memberi sumbangan kepada institusi ini sejak awal penubuhannya lagi.

Di UIAM kita punyai lebih kurang 7 Perkampungan dibawah Pemukiman Setapak. Menerusi kepimpinan kuliah yang baharu ini dibawah Dr Shukran, Dekan Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dan Dr Noh Jalil, halatuju IRKHS lebih kepada pendekatan ‘Fundamental’ dimana mereka meletakkan semangat kemasyarakatan sebagai asas keutamaan diintegrasikan bersama teoritikal yang dipelajari oleh Pelajar IRKHS. Nilai-nilai murni dan kebaikan menjadi teras untuk melahirkan mekanisme-mekanisme bagi mendekatkan lagi Universiti dengan Masyarakat.

Kita selalu berbangga dengan kekuatan aktivisme dan kesukarelawan yang kita ada di luar negara  namun kita lupa beberapa ribu penduduk yang duduk di sekitar UIAM yang majoritinya muslim menunggu sentuhan daripada ilmuwan dan mahasiswa Universiti yang dinaungi oleh OIC. Islam mengajar kita tentang nilai-nilai kasih sayang dan rahmah kepada manusia demi untuk memupuk kebahagiaan kepada masyarakat sekeliling kita. Jangan biarkan ‘Kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan’. Ayuh mula merancang untuk memberi kebaikan dan rahmat disekeliling Universiti kita.

Amin Mubarak, Exco Advokasi dan Perhubungan Awam Kesatuan Pelajar UIAM

Tulisan ini ditulis pada Januari 2019

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *