#FITWANITA

PROGRAM DUTA JAUHAR MAHASISWA HARAPAN MASYARAKAT

LATAR BELAKANG PROJEK

Sebuah projek kesedaran kesihatan berbentuk latihan senaman fizikal dan pendidikan tentang penjagaan pemakanan yang betul yang dikelolai oleh mahasiswa UIAM secara atas talian. Projek ini akan dijalankan selama 9 bulan bermula Julai 2020 – Mac 2021 dengan pelbagai pengisian berguna dan bermanfaat. Dalam projek #FITWANITA, golongan sasaran akan terdiri daripada golongan lelaki dan wanita belia dalam lingkungan umur 18 – 30 tahun dan mempunyai berat badan berlebihan. Projek ini berharap, setelah tamat tempoh latihan, peserta akan mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat.


OBJEKTIF PROJEK

• Untuk menggalakkan masyarakat menggunakan media sosial dengan melayari perkara-perkara berfaedah berkenaan penjagaan kesihatan.
• Untuk menyediakan platform bagi menjaga kesihatan yang mudah untuk diakses oleh semua lapisan masyarakat iaitu secara atas talian.
• Untuk memastikan golongan sasaran kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat walaupun berhadapan dengan kehidupan norma baharu.
• Untuk mendidik masyarakat bahawa penjagaan diet yang betul dan bersenam boleh membawa kepada kehidupan yang lebih sejahtera.


3.0 SUSTAINABLE DEVELOMPENT GOALS (SDG) TERLIBAT

GOAL 3 : GOOD HEALTH & WELL-BEING
Melalui didikan dan galakkan dalam projek ini dapat membantu masyarakat untuk mengekalkan tahap kesihatan mereka melalui pengambilan diet yang betul dan aktiviti fizikal secara terkawal.

• GOAL 4 : QUALITY EDUCATION
Pelatih dipilih mengikut kepada kelayakkan demi memastikan segala perkongsian informasi berkaitan adalah benar dan dapat meyakinkan masyarakat.

PERINCIAN PROJEK

Pengisian yang akan diberikan kepada peserta selama tempoh latihan berjalan:

  • Saranan pemakanan yang perlu diambil oleh peserta setiap hari mengikut cadangan jumlah pengambilan kalori setiap individu
  • Jadual senaman mengikut kepada tahap kecergasan/ rutin harian peserta
  • Kelas berkenaan komposisi tubuh dan cara penjagaan pemakanan dikendalikan oleh ahli jawatankuasa projek ini sendiri pada setiap minggu.

HASIL DAN IMPAK PROGRAM

Projek ini mensasarkan sekurang-kurangnya 70 – 90 peratus daripada peserta memperoleh berat badan yang ideal, tahap kesihatan yang lebih baik dan memperbaiki rutin harian mereka untuk menjadi lebih baik. Selain itu, kami berhasrat agar dapat mendidik masyarakat secara tidak langsung betapa mudah dan pentingnya bersenam serta pengambilan diet yang betul dan seimbang demi mengekalkan kehidupan yang sihat untuk masa depan yang lebih baik. Tambahan lagi, kami akan cuba untuk mematahkan stigma atau pandangan masyarakat mengenai pengambilan makanan tambahan semata-mata untuk kekal sihat yang tidak disyorkan oleh pegawai/ professional dalam bidang kesihatan.

AGENSI TERLIBAT

  1. Kerajaan Negeri Johor
  2. Yayasan Pelajaran Johor
  3. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  4. Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Feedback peserta:

Balqis Affandi (24, Johor) (-9.3kg/ 6 minggu)

“Fitwanita Berjaya membuktikan bahawa penurunan berat badan bukan lah satu perkara yang menyebabkan tekanan. Coach selalu ingatkan untuk “enjoy the journey because losing weight is not a race”. Perkongsian ilmu setiap minggu sangat membantu kami para peserta untuk lebih jelas dan faham berkenaan guideline untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Antara yang diajar termasuklah pengiraan kalori, beza senaman kardio dan strength training, kaitan gula dan berat badan dan banyak lagi. Program yang sangat baik dan berbaloi untuk semua masyarakat turut serta”

Syaffiqah Ruslan (24, Johor) (-4.3kg/ 6 minggu)


“Program ini lebih fokus kepada mengajar mengadaptasikan gaya hidup sihat bukan sekadar fokus untuk penurunan berat badan semata-mata. Pada awalnya, agak sukar untuk betulkan semula jadual pemakanan dan konsep “suku-suku separuh”, tetapi lama kelamaan, badan secara automatic akan terikut. Yang paling penting, sayur-sayuran adalah hidangan wajib dalam setiap sajian. Para pelatih juga sentiasa memberi dorongan, semangat dan berkongsi ilmu berkenaan cara pemakanan yang betul dan jadual senaman secara berkala. Saya sangat seronok untuk menyertai program fitwanita dan berharap agar ramai lagi masyarakat akan mula cakna akan penjagaan kesihatan mereka”


Gambar-gambar projek:

Konsep suku-suku separuh seperti yang dicadangkan oleh KKM menjadi teras utama dalam cadangan hidangan setiap peserta.

Kelas berkenaan penjagaan makanan setiap minggu yang dikendalikan sendiri oleh ahli jawatankuasa fitwanita jurusan dietetik:

Oleh: Setiausaha Projek Program Duta Jauhar Mahasiswa Harapan Masyarakat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *