Cabaran Untuk Menyahut Gaya Hidup Yang Aktif

Dibentangnya Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tahun 2021 hingga 2025 oleh Perdana
Menteri di Parlimen Malaysia yang salah satu inti pati yang berkisar tentang kesejahteraan
dan perpaduan dalam kalangan negara yang majmuk. Benarlah sukan menjadi wadah dan
medium yang penting dalam memupuk perpaduan kerana bulat air kerana pembetung
manakala bulat manusia kerana muafakat dan perpaduan. Mengikut angka yang diberikan
bahawa sudah 63% dari rakyat negara ini yang sudah terlibat dalam sukan dan sudah
melebihi angka yang disasarkan iaitu sebanyak 50%. Inisiatif dan program yang pelbagai
sudah dibentuk dan dijalankan seperti Fit Malaysia dan Bulan Sukan Negara namun
semestinya kita mahukan lebih lagi penglibatan dari rakyat negara ini.
Sukan bukanlah lagi yang satu sektor yang kecil namun ia adalah suatu industri yang
besar yang memberi pulangan ekonomi dan pendapatan kepada negara. Hari ini, pandemik
telah merencatkan perkembangan ekonomi sektor ini di manakala jika dilihat sektor ini yang
paling lambat yang dibuka. Ramai penggiat sukan seperti padang dan gimnasium yang
gulung tikar dek kerana bantuan yang diberikan tidak setimpal dan kelambatan pembukaan
balik sektor. Adakah adil dengan kelambatan pembukaan balik sektor jika data mengatakan
bahawa tiada kluster dari sektor ini. Hari ini penggiat sukan hidup segan mati tak mahu dek
sikap yang kurang bertanggungjawab ini.
Banyak cabaran yang harus ditempuh untuk menjayakan misi ini. Mungkin dunia
yang dilanda dengan wabak pandemik Covid 19 menjadikan cara dan gaya hidup masyarakat
juga berubah. Kalau dulu mungkin mereka ada ruang dan tempat untuk menjalankan aktiviti
yang sihat di taman mahupun padang untuk melakukan aktiviti yang sihat dan beriadah.
Pandemik menukar arus dan landskap kerana padang dan taman awan tidak lagi boleh
digunakan menyebabkan masyarakat lagi tiada lagi tempat untuk melakukan ini. Mungkin
ada yang menganggap ini adalah sebuah alasan harus juga kita akuinya kerana untuk
beriadah ia memerlukan masa. Ketiadaan alatan senaman di rumah juga menyumbang
kerana merasakan tiada keperluan untuk mereka menyediakan lagi-lagi lebih baik untuk
mereka ini laburkan wang untuk membeli makanan dan sebagainya. Tiada kesedaran
tentang kebaikan untuk menjalankan aktiviti harian yang aktif.
Masyarakat kita sangat dikenali dengan pengurusan masa yang kurang efisien
menyebabkan banyak kerja yang tertangguh dan sebagainya. Hari ini dengan ada e-sukan
pasti menyebabkan lebih banyak remaja dan anak muda untuk terjun ke dalam bidang ini.
Ada yang mengatakan e-sukan bukanlah sukan dan ada yang mengatakan ia adalah sukan
namun polemiknya adalah bagaimana untuk menarik golongan ini untuk menyeimbang
hidup mereka. Dari yang muda sehinggalah ke generasi tua semakin ramai yang memilih
dengan untuk terjun ke dalam “sedentary lifestyle”. Ia bersangkut paut dengan soal
pendidikan bagi golongan muda dan bagi golongan tua, ia bersangkut paut dengan isu
kesihatan. Penting untuk generasi hari ini untuk pandai memilih apa yang baik untuk mereka
dalam mengekalkan nikmat kesihatan yang ada.

Selain itu, mungkin pada sekian waktu dunia masih selamat dari wabak dapatlah
dilihat yang sebenarnya fasiliti dan kemudahan awam yang disediakan tidaklah mencukupi
dan sekiranya ada, adakah ia diselenggarakan dengan sebaiknya. Hari ini banyak taman
permainan dan taman rekreasi yang ada di setiap taman perumahan dan bandar-bandar
besar namun tersangatlah menyedihkan kerana fasiliti dan kemudahan tidak selamat untuk
digunakan. Peranan dari pihak berkuasa tempatan dan pihak pemaju yang dilihat terus
melepaskan batok di tangga sangat mengecewakan. Kekecewaan ini terus-menerus akan
menyumbang kepada kemalasan untuk masyarakat untuk turun beriadah dan melakukan
senaman sebenarnya.
Harus disedari yang tidak semua orang mampu pergi ke pusat fasiliti yang berbayar
seperti padang bola dan futsal dan pusat gimnasium kerana kekangan kewangan juga
mainkan peranan yang besar. Era pasca-pandemik akan merumitkan dan menyukarkan lagi
keadaan kerana pusat-pusat swasta ini harus mengeluarkan modal tambahan untuk
membaiki peralatan yang rosak dek ditinggalkan terlalu lama dan juga menyediakan alatan
kesihatan seperti termometer dan cecair pembasmi kuman. Ini akan melibatkan kos yang
tinggi yang harus ditanggung oleh pemilik dan semestinya akan meningkatkan bayaran
kepada pengguna sama ada dalam langganan mahupun setiap kali mereka gunakan. Jelas
faktor ini memberikan kesan yang lagi besar kerana merasakan mereka boleh salurkan wang
yang digunakan untuk perkara yang lebih berguna daripada membayar cas tambahan untuk
pergi pusat-pusat swasta ini.
Isu pengurusan dari badan-badan sukan yang amat lemah untuk mentadbir akan
merencatkan lagi perkembangan sukan di tanah air. Kelemahan dari pihak pengurusan
untuk menganjurkan kejohanan dan pertandingan bagi setiap jenis sukan di peringkat
tempatan mahupun antarabangsa juga menyumbang sama faktor. Hari ini jika kita melihat
situasi atlet kita di sukan antarabangsa seperti Piala Dunia dan Olimpik boleh dibanggakan
namun dimanakah pelapis-pelapis muda ini sedang berada. Adakah bakat-bakat muda
sedang dicungkil dan diperhatikan? Hari ini bertapa ramai anak muda merasakan bahawa
tiada asbab yang kukuh untuk sertai kejohanan kerana tahu bakat mereka tidak
diperhatikan. Harus disedari yang sebenarnya pengurusan sukan kita masih di takuk yang
lama yang berpaksi kepada keuntungan wang. Tidak semua tapi sebahagian.
Industri sukan adalah suatu industri yang besar dan masih belum diterokai
sepenuhnya. Apabila bercakap soal sukan pasti yang bermain di benak fikiran adalah atlet
dan pengurusan. Itu saja namun hakikatnya yang menyokong di sebalik itu tersangatlah
luas. Dunia moden ini siapalah atlet tanpa penganalisis data dan sains sukan. Hari ini lebih
ramai anak muda yang terjerumus dalam bidang penyiaran sukan seperti menjadi pengulas
dan penulis artikel tentang sukan. Ia adalah bidang yang tidak dilihat dan diterokai lagi.
Jelas ia bukan kerjasama satu pihak saja untuk menjayakan visi dan misi ini namun
semua harus bergading bahu untuk ini. Hari ini Kementerian Belia dan Sukan sudah
mempunyai rangka tindakan dalam Visi Sukan Negara 2030. Tinggal untuk dilaksanakan
mahupun tidak saja demi menjadikan negara ini sebahagian daripada hab sukan dunia.

By: Ashraf Idzham

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *